Tag: cara mudah dapat wang segera
PANDUAN PAJAK EMAS DARI PENGALAMAN SENDIRI

Panduan pajak emas dari pengalaman sendiri mengadai emas sejak 2010, overlap emas, teknik dan penipuan pajak emas serta waktu sesuai pajak emas di Ar-rahnu.
Pajak emas ialah cara mendapatkan tunai segera dengan mencagar barang kemas atau jongkong emas di institusi yang patuh Syariah seperti Ar-Rahnu. Pajakan emas akan dapat wang pinjaman pajakan antara 60% hingga 80% daripada nilai semasa emas, dengan bayaran “upah simpan” yang jauh lebih rendah berbanding kedai pajak gadai konvensional.
Pajak emas adalah cara terbaik untuk mendapatkan pinjaman tunai segera (cagaran emas) tanpa perlu menjual emas tersebut. Pajak emas adalah pilihan popular untuk dapat wang segera apabila kecemasan seperti masalah kewangan atau perubatan, beli aset dan sebagainya kerana ia pantas, tidak memerlukan slip gaji, dan anda masih boleh menebus semula emas tersebut selepas tempoh tertentu. Klik KISAH CEMAS PAJAK EMAS UNTUK PERUBATAN IBU adalah cerita benar dari pengalaman sendiri untuk mendapat wang segera dengan gadai emas.
Pajak emas sebaiknya dilakukan di institusi pajak gadai Islam seperti Ar-Rahnu kerana ia lebih telus, patuh syariah dan kos upah simpan yang berpatutan berbanding pajak gadai konvensional dan pilihan bijak dengan elak pajak emas di Arrahnu Bank bagi mengelak nama blacklist ctos jika emas dilelong.
PENGALAMAN PAJAK EMAS DI ARRAHNU

Berpengalaman pajak emas, overlap atau pajak semula, teknik pajak emas di pelbagai Arrahnu seperti Arrahnu Bank Pertanian, Arrahnu Bank Islam, Arrahnu Yapeim dan sebagainya sejak 2010. Pada tahun 2010 harga emas rendah telah pajak emas dan dapat duit percuma hasil overlap gadaian emas dari kenaikan harga emas tertinggi tahun 2012. Overlap pajakan emas ( rolling Ar-Rahnu) adalah proses memperbaharui tempoh gadai janji di mana pemilik menebus emas yang sedang digadai menggunakan pinjaman baharu. Jika nilai emas meningkat, lebihan nilai itu (tunai tambahan) boleh dikeluarkan selepas ditolak tunggakan upah simpan.
Akhir tahun 2011 harga emas jatuh menyebabkan pinjaman gadaian sama atau lebih rendah dari harga emas semasa. Sebilangan emas terpaksa dibiarkan di lelong kerana tidak mampu menebus emas akibat kejatuhan harga emas. Selepas emas dilelong kena bayar kepada bank kerana hasil dapatan lelongan kurang dari pinjaman gadaian di Arrahnu Bank untuk elak nama di blacklist.
Dari pengalaman pajak emas mengajar supaya tidak sesuka hati pajak emas, tidak sesuai pajak emas pada harga emas tinggi, tidak sesuai overlapped pajak semula kerana menambah hutang, kurang sesuai pajak emas di Arrahnu Bank kerana nama masuk ctos bank negara dan sebagainya.
Pada harga emas meningkat tinggi luar biasa tahun 2025 Dan 2026 sememangnya ku tidak pajak emas kerana risiko harga emas jatuh fasa pembetulan. Begitu juga sahabat yang bertanya mengenai pajakan emas pada tahun tersebut, ku tidak syorkan pajak atau pajak semula (overlap) emas pada harga emas tinggi dari pengalaman pahit gadai emas seperti tahun 2011.
Pada tahun 2011 harga emas meningkat tinggi luar biasa, maka harga emas akan buat fasa pembetulan dengan jatuh luar biasa lebih kurang 30% dan mengambil masa bertahun untuk kembali stabil.
Kini Julai 2026 harga emas jatuh berharga RM580 segram emas 999.9 setelah kenaikan tertinggi (All Time High) berharga RM764 segram. Kejatuhan harga emas tertinggi bagi tahun 2026 adalah sekitar 25% berbanding paras harga tertinggi yang pernah direkodkan pada bulan Januari 2026.
Jadi, kini harga rendah masa selamat dan untuk pajak emas bagi membeli aset, beli emas harga rendah dan sebagainya. Klik RAMALAN HARGA EMAS TAHUN 2030 untuk menjangka harga emas sehingga tahun 2030 selepas kejatuhan emas tahun 2026.

Pajak emas sebaiknya di Arrahnu bukan bank untuk elak nama dikenakan ctos jika lupa atau tidak dapat tebus pajakan emas. Saya telah pajak emas di Arrahnu KDE (Koperasi Dagang Emas) di cawangan Public Gold Kelantan untuk beli tanah dan emas berharga rendah.
CARA MEMAJAK EMAS DI AR-RAHNU
Cara dan Langkah Memajak Emas di Ar-Rahnu :
1.Bawa emas bersama kad pengenalan (MyKad) dan resit asal belian. Di Arrahnu KDE Public Gold, gold bar atau emas dinar Public Gold tidak perlu resit, namun jika emas 916 perlukan resit belian.
2.Pegawai akan menilai ketulenan emas (cth: 916, 999) dan menimbang beratnya.
3. Pegawai Arrahnu memberitahu Nilai marhun (nilai semasa emas di pasaran) dan mengira jumlah pajakan yang diperolehi. Nilai Marhum di Arrahnu KDE lebih tinggi daripada harga emas semasa.
4. Pegawai Arrahnu berikan kertas gadaian mengandungi maklumat pinjaman tunai (margin pinjaman) berdasarkan peratusan yang ditetapkan oleh institusi (biasanya sekitar 65% – 70% daripada nilai emas) dan tanda tangan apabila bersetuju.
5. Terus dapat pinjaman wang tunai dari pajakan emas.
UPAH SIMPAN PAJAK EMAS ARRAHNU
Pajak emas dikenakan upah simpan setiap bulan. Pajakan emas di Arrahnu kena bayar pinjaman pajakan dan upah simpan. Jumlah upah simpan keseluruhan yang perlu dibayar untuk tebusan adalah bergantung sepenuhnya kepada nilai emas dan tempoh masa pinjaman pajakan.
Formula asas upah simpan sebulan iaitu nilai marhum emas bahagi 100 dan didarab dengan Kadar upah simpan. Kadar upah simpan setiap Arrahnu berbeza antara RM0.60 hingga RM1.00 bagi setiap RM100. Contoh, jika nilai marhum emas RM100 dengan Kadar upah simpan RM0.70 setiap RM100, maka kos upah simpan sebulan ialah RM0.70 sebulan.
Jumlah upah simpan iaitu upah simpan sebulan darab dengan tempoh bulan simpanan. iaitu jika emas bernilai marhum RM100 dipajak 6 bulan, maka jumlah upah simpan ialah RM0.70 x 6 bulan iaitu RM4.20
TEMPOH PAJAK EMAS UNTUK PENEBUSAN
Tempoh gadaian asas biasanya 6 bulan. Tempoh gadaian emas Arrahnu KDE juga 6 bulan, namun otomatik boleh dilanjutkan 2 bulan menjadikan tempoh gadaian ialah 8 bulan.
Pembaharuan (Renewal) juga boleh dilakukan jika tidak cukup tunai untuk melanjutkan tempoh gadaian dengan membayar kos upah simpan yang terkumpul.
Proses lelongan emas dilakukan jika emas gadaian tidak ditebus setelah tempoh tamat atau gagal membuat bayaran. Setelah proses lelongan untuk mendapatkan pinjaman dan caj gadaian baki lebihan lelongan (selepas ditolak pinjaman dan caj) akan dipulangkan atau kena buat bayaran jika kurang dari dapatan pinjaman dan upah simpan.
ARRAHNU KOPERASI DAGANG EMAS KDE
Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) ialah skim pajak gadai Islam yang patuh syariah untuk mendapatkan tunai segera dengan mencagarkan emas dan perak. Ia menawarkan margin pinjaman sehingga 65% daripada nilai marhun (maksimum RM250,000), tiada caj tersembunyi dan tempoh gadaian fleksibel selama 6+2 bulan. Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas KDE ada di semua cawangan Public Gold, mempunyai lebih 40 cawangan dan telah mendapat pelbagai anugerah.

Kelebihan utama Ar-Rahnu KDE, Koperasi Dagang Emas Public Gold :
• Bebas Riba & Patuh Syariah: Menggunakan konsep Al-Qard (pinjaman tanpa faedah) dan Al-Wadiah (simpanan selamat).
• Kadar Upah Simpan Rendah: Ditetapkan sekitar 1% sebulan.
• Terima Pelbagai Jenis Emas dan Perak: Menerima barang kemas (18K hingga 24K), jongkong emas, dan jongkong perak.
• Tiada Rekod CCRIS/CTOS: Kelulusan segera tanpa semakan kredit yang ketat.
• Fleksibiliti Pembayaran: Membenarkan bayaran secara ansuran.
• Keselamatan Terjamin: Emas disimpan dengan selamat dan diinsuranskan.
KENAPA PAJAK EMAS
Pajak emas mestilah mempunyai tujuan tertentu kerana pajak emas adalah pinjaman wang yang dikenakan upah pajak bulanan.

Tujuan utama pajak emas iaitu :
1.Kecemasan Wang – mendapatkan tunai segera kerana kecemasan kewangan atau perubatan tanpa perlu menjual emas tersebut.
2.Harga Emas Rendah – Gadaian selamat berpeluang overlapped bila harga emas tinggi dan elak kerugian jika emas dibeli pada harga semasa lebih tinggi.
3.Beli Aset – Diguna untuk beli aset berharga seperti tanah, emas, rumah dan sebagainya.
4.Pusingan Modal Perniagaan – Digunakan peniaga sebagai pusingan modal jangka pendek
5. Penyimpanan Selamat – Alternatif selamat untuk menyimpan emas, terutamanya melalui institusi Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) hanya sesuai pada harga emas rendah kerana kena caj upah pajak.
PENIPUAN EMAS DARI PAJAKAN EMAS

Keistimewaan emas yang boleh dipajak tanpa geran pemilik menyebabkan muncul pelbagai penipuan atau scammer emas yang menggunakan pajakan emas bertopengkan sesuatu perniagaan atau koperasi atau keagamaan dengan memberi pendapatan bulanan. Sejak 2010 telah banyak berlaku penipuan oleh syarikat, persatuan atau koperasi yang menawarkan skim pelaburan atau perniagaan tipu bertopengkan pajakan emas.
Scammer atau sesuatu syarikat menawarkan pulangan lumayan bulanan kepada pemilik emas untuk menyerahkan emas untuk dipajak secara terang atau rahsia. Syarikat penipuan emas biasanya bertopengkan sesuatu perniagaan untuk kongsi keuntungan, pendapatan atau profit sharing secara bulanan kepada pemilik emas berdasarkan tempoh kontrak tertentu.
Pada awal operasi, pulangan lumayan pendapatan bulanan dibayar dengan baik menyebabkan lebih ramai join ditambah dengan pulangan komisen lumayan kepada agen. Setelah berkembang biasanya tidak lebih 3 tahun, scammer dapat banyak untung atau syarikat tidak dapat bayar pajakan, pulangan bulanan mula tidak dibayar, akhirnya syarikat tipu lingkup atau scammer melarikan diri. Itulah modus operandi biasa scammer atau syarikat tipu pelaburan atau skim cepat kaya.
Jadi, jangan berikan atau sewakan atau pajakan emas kepada syarikat atau orang tertentu hanya untuk mendapat sedikit pendapatan bulanan. Simpanam emas sepatutnya menjadi dana kecemasan bukan menjadi kisah cemas atau terus lemas dengan memberikan emas berharga kepada orang lain.
WAKTU SESUAI PAJAK EMAS

Waktu paling sesuai untuk memajak emas adalah ketika harga emas jatuh, kecemasan wang, pembelian aset atau emas yang murah dan pusing modal perniagaan tanpa perlu menjual emas tersebut. Jadi masa kini adalah masa sesuai untuk pajak emas pada harga emas rendah untuk beli emas atau tambah emas untuk pemurataan harga. Klik CARA BELI EMAS GAP PUBLIC GOLD SERENDAH RM100 untuk beli emas program kumpul emas sedikit demi sedikit untuk menjana aset harta kekayaan, dana kecemasan wang dan pelindung kejatuhan nilai Wang.











